KUALA NERUS: Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik atau bona fide berisiko mewujudkan 'lompang perlindungan' terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, hal ini kerana walaupun sesetengah individu berniat baik membakar kawasan lalang misalnya untuk tujuan pembersihan, apabila kebakaran menjadi semakin tidak terkawal, maka pihaknya tetap memberi respons sekiranya menerima laporan daripada orang awam.
"Kerisauan saya ialah apabila kita (JBPM) memberi respons terhadap kawasan kebakaran lalang dan belukar, ia selalunya akan ambil tempoh yang lama dan melibatkan banyak penggunaan logistik.
"Keadaan ini akan menyebabkan berlaku 'lompang perlindungan' untuk keselamatan kebakaran struktur di bandar atau kawasan penempatan. Ia memaksa kita untuk agihkan anggota (ke kawasan kebakaran lalang dan belukar)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji 2023 JBPM Terengganu, di sini, pada Isnin.
Nor Hisham turut menasihati orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka sebagai langkah mudah bagi membuka kawasan pertanian terutama di kawasan beris.
"Di Terengganu misalnya, saya ambil maklum risiko kebakaran gambut adalah rendah iaitu hanya di sekitar Kemaman dan sempadan dengan Kuantan, Pahang, namun kebakaran kawasan beris merupakan risiko utama kerana melibatkan banyak kawasan.
"Jadi kalau dari peringkat awal kita dapat kerjasama daripada masyarakat, kita jangkakan 'lompang perlindungan' itu akan berkurangan. Saya seru kepada semua untuk cakna kepada isu musim kering yang kita jangka sampai Mac ini untuk kita bersama-sama kurangkan risiko kebakaran terbuka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM akan memberi tumpuan kepada lebih 605 lokasi berisiko berlakunya kebakaran terbuka.
Lokasi tumpuan berkenaan, katanya, termasuk kawasan gambut, tapak pelupusan sampah haram dan tapak pelupusan yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan.
Terengganu mencatatkan bilangan kes kebakaran terbuka paling tinggi pada tahun lepas iaitu 1,008 kes berbanding 384 kes pada 2022 dan 658 kes pada 2021. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
Nor Hisham turut menasihati orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka sebagai langkah mudah bagi membuka kawasan pertanian terutama di kawasan beris. - Foto BERNAMA
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
Jangan lakukan pembakaran terbuka - Jabatan Perhutanan Sabah
Ia bagi mengelak berlaku bencana alam yang lebih buruk.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bomba kenal pasti lima negeri berisiko berlaku kebakaran hutan
JBPM mengenal pasti 201,000 hektar tanah gambut yang dimajukan di lima negeri sebagai berisiko berlaku kebakaran hutan.
Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan' - Bomba
Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik berisiko mewujudkan 'lompang perlindungan' terhadap JBPM.
Cuaca panas, kering, El Nino, elak pembakaran terbuka - Nik Nazmi
Menurut Nik Nazmi, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan, iaitu di Sabah dan Perlis, baru-baru ini.
JBPM rekod lebih 2,000 kes kebakaran terbuka sejak Januari
JBPM menjalankan pemantauan kes pembakaran terbuka melalui pelbagai kaedah susulan cuaca panas dan kering yang melanda negara.
Jerebu: JAS Johor aktif ronda kawasan berpotensi pembakaran terbuka
Rondaan dilakukan setiap hari terutama di kawasan tanah gambut yang sukar untuk dipadam sekiranya berlaku kebakaran.
IPU tidak sihat di tiga bahagian Sarawak - Hazland
Bacaan IPU tidak sihat itu direkodkan di Sri Aman, Kuching dan Serian.
Kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan, JAS aktifkan pelan tindakan
Pelan itu diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan situasi jerebu yang melanda negara.